Assalamualaikum..
Dalam cuti2 ni ramai pelajar2 lepasan SPM 2011 bertanya berkaitan No.ID yang telah beli. Ramai lagi rupanya masih keliru dengan kegunaan No.ID tersebut... hurm..hurm..hurm..
Oraitlah..ni nak bagitau lagi, harap2 faham dengan jelas ye.. Kegunaan No.ID tersebut adalah bagi menggunakan aplikasi secara talian dalam memohon ke mana-mana IPTA yang anda minat, ke Politeknik dan beberapa pusat kemahiran di bawah ILKA..
Hanya 1 nombor tapi banyak kegunaannya..so save budget you all tau. Dan banyak pilihan yang anda semua boleh buat.
Jika tak faham juga, anda perlu ada talian internet, pergi ke 'google' dan mula mulakan carian UPU.. so anda akan jumpa laman ini -> http://upu.mohe.gov.my
okeh dah klik situ,pergi pulak kat sini -> https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/ ( kat atas tu ada tulis 16 NOVEMBER 2011 - 31 DISEMBER 2011 : Permohonan Kemasukan Ke IPTA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1)).
Di sini anda akan jumpa menu jenis permohonan. Klik di situ.Pilihan yang ada 1) Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier dan 2) Kemasukan ke TEVT ( Politeknik )/ ILKA. Contoh di bawah ini saya klik Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier, so akan muncul pula kekotak program pengajian seperti di bawah.. Kalau anda kurang jelas dengan maksud IPTA/TEVT/ILKA serta maksud program pengajian boleh lah klik di sebelah kanan tu..
Sila klik di kekotak 'MASUK'.
Selepas itu anda akan jumpa halaman ini...
Dah settle permohonan ke IPTA, jangan lupa pula pergi ke menu mula-mula seperti contoh pertama tadi dan klik pula kemasukan ke TEVT ( POLITEKNIK )/ILKA.
so kali ini saya amat berharap anda semua dapat info yang betul2 jelas. Kiranya masih ada kemusykilan bolehlah hubungi saya PN HAMIDAH di talian paling hangat ( ^_^) 0199948487 hehehe
pesanan akhir saya JANGAN LUPA klik -> TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT(POLITEKNIK) DAN ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013.