SENARAI TUGAS UBK


·        Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
·        Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temuu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
·         Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
·         Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
·         Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar ( instructional ) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
·         Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
·         Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran efektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
·         Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
·         Merancang, menyyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
·         Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
·         Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
·         Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu danprofesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselinh sekolah.
·         Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
·         Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
·         Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
·         Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru dan kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
·         Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
·         Menjadi ahli jawatan ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
·         Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
·         Menjadi Penyelaras dalam program Mentor Mentee sekolah.
·         Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaan dan sebagainya.
·         Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar PendidikanWajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar bahasa Tambahan, Penempatan ( Kemasukan ) pelajar di sekolah.
·         Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
·         Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua Jabatan dari semasa ke semasa.