KENALI UBK SMKJ2

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 sejak tahun 1990 lagi. Fungsi UBK sekolah ini ialah memberi penekanan kepada bimbinngan kerjaya, akademik,psokososial dan kesejahteraan mental, pembangunan pelajar, pendidikan pencegahan dadah, keibubapaan, kaunseling HIV/AIDS serta tumpuan terhadap sebarang masalah pelajar. UBK sentiasa mendapat sokongan yang penuh dari semua pihak khususnya pentadbir sekolah.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menggunakan kaedah pendekatan yang bersifat pencegahan dan pengembangan. Di samping itu, turut dijalankan juga kaunseling individu dan kaunseling kelompok mengikut keperluan pelajar itu sendiri. Selain daripada itu pihak UBK juga mengadakan ceramah akademik, ceramah kerjaya, pameran, menjalankan inventori dan sebagainya dalam usaha membantu pelajar kearah kecemerlangan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang pernah berkhidmat di SMK Jengka 2 ialah:
1.) En. Jamil Idris- kini berkhidmat di SK Jengka 3
2) En. Mohd.Noh Omar- kini berkhidmat di Matrikulasi Teknikal Jengka
3) En. Zulkifli Amin Musa - kini berkhidmat di SMK Jengka 21
4) En. Mohd Jamil Sulaiman- kini berkhidmat di AIB, Genting Highlands.

Sekarang UBK diterajui oleh:
1) En. Manan Tapsir- bermula tahun 2002
2) En.Mohd Adam Lambak - bermula tahun 2007
3) Pn. Hamidah Baharum- bermula tahun 2002