Tuesday, September 27, 2011

10 TIPS SEMASA PEPERIKSAAN


1

DATANGLAH DENGAN CUKUP BERSEDIA DAN LEBIH AWAL

Bawalah semua alat tulis yang diperlukan, seperti pensel,pen,jam tangan,pemadam dan selainnya.Kelengkapan ini akan membantu anda untuk member tumpuan sepanjang peperiksaan

2

TENANG DAN PERCAYAKAN DIRI ANDA

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik

3

BERSANTAILAH TAPI BERHATI-HATI

Pastikan meja dan kerusi dalam keadaan baik dan selesa.

4

PREBIU SOALAN-SOALAN TERLEBIH DAHULU

Luangkan 10% daripada keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar.Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea yang muncul yang mungkin berguna semasa menjawab kelak

5

JAWAB SOALAN SECARA STATEGIK

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu. Kemudian dengan soalan yang mempunyai markah yang banyak.Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah soalan paling sukar,yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya tetapi mempunyai markah yang sedikit

6

SEMASA MENJAWAB SOALAN ANEKA PILIHAN,KETAHUILAH JAWAPAN YANG PATUT DIPILIH

Mula-mula abaikan jawapan yang anda tahu salah.Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan.Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasnya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan

7

SEMASA MENJAWAB SOALAN ESEI, FIKIRKAN DULU JAWAPAN SEBELUM MENULISNYA

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis.Kemudian susun isi mengikut susunan yang penting atau perlu dibincang dulu

8

SEMASA MENJAWAB SOALAN ESEI, JAWAB PADA PERSOALANNYA

Tulis frasa pokok pada frasa pertama.Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perengan seterusnya, untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci.Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh,atau petikan dari buku atau media lain

9

SISIHKAN 10% WAKTU ANDA UNTUK MEMERIKSA JAWAPAN

Periksa jawapan,elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan peperiksaan.Pastikan anda telah menjawab semua soalan.Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa struktur bahasa,ejaan.Untuk jawapan matematik pastikan tidak ada kesilapan seperti meletakkan tanda titik perpuluhan

10

ANALISA JAWAPAN ANDA

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya.Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda.



PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPRIKSAAN


- KESIHATAN DIRI -

1

CUACA

Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit.

2

WAKTU REHAT

2.1 Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang untuk belajar tetapi anda juga perlu berehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu.

2.2 Anda perlu tidur jangka masa 6 hingga 7 jam.Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

3

MAKANAN

3.1 Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

3.2 Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makanan yang memberi kesan ketidakselesaan kepada perut.

3.3 Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

4

EMOSI

4.1 Pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan tenang dan ceria

4.2 Keadaan yang tenang dapat membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawabnya.

4.3 Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mempu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah berputus asa

4.4 Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibu bapa.Keadaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.


MENJELANG PEPERIKSAAN.


PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN......................

1

Anda seharusnya Cuma mengulangkaji nota yang telah anda sediakan dan bukan lagi membaca buku teks

2

Anda seharusnya sudah membuat kumpulan perbincangan sesama rakan untuk mengulangkaji

3

Bertukar pendapat dan berbincang berkaitan pelajaran.Sering ingat mengingat antara sesama rakan

4

Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda dengan teliti

5

Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan dengan warna lain supaya tidak terlepas

6

Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang-kurangnya setengah jam terlebih dahulu

7

Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota sepintas lalu.Ini untuk mmenyegarkan ingatan anda tentang topik mata pelajaran yang bakal disoal nanti

8

Elkkan daripada berbual-bual kosong yang tidak berfaedah

9

Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri tempat peperiksaan.Pastikan kad pengenalan dibawa

10

Sebaik sahaja mendapat kertas soalan ,bertenanglah.Berdoa dan baca arahan dengan teliti

11

Pastikan anda benar-benar faham dengan kehendak soalan sebelum memulakan jawapan

12

Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan.Lihat markah yang disediakan pada soalan

13

Peruntukan masa untuk menyemak jawapan anda

14

Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya

15

Patuhi arahan pegawai yang bertugas.Sebarang masalah boleh diadukan kepada pegawai tersebut.



Tuesday, September 20, 2011

CARA BELAJAR YANG BETUL


CARA BELAJAR YANG BETUL

PERTAMA

Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit iaitu menggunakan masa yang teruang seperti masa menunggu kenderaan, semasa menunggu kawan .Kita boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau mengulangkaji mata pelajaran

KEDUA

Membawa buku atau nota ringkas ke mana-mana sahaja. Ini untuk menyemai budaya belajar yang positif

KETIGA

Gunakan masa di awal pagi untuk mengulangkaji mata pelajaran yang lemah.Suasana yang sepi memudahkan tumpuan untuk menghafal dan membaca

KEEMPAT

Buat dan baca nota ringkas.Ia boleh digunakan untuk merujuk dengan pantas dan boleh dibawa ke mana-mana

KELIMA

Ikut jadual sepenuhnya bukan mengikut minat dan kecenderungan anda

KEENAM

Mencuba soalan tahun-tahun lalu.Ini akan membiasakan pelajar dengan corak soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan

KETUJUH

Ulang sebanyak yang boleh terutama tajuk yang sukar dan menjadi kelemahan anda

KELAPAN

Sentiasa bertanya guru atau rakan kepada masalah atau tajuk yang tidak difahami

KESEMBILAN

Berikan tumpuan kepada mata pelajaran yang lemah.

KESEPULUH

Sentiasa mengunjungi perpustakaan untuk menelaah atau menghadiri seminar atau kursus yang berkaitan dengan meningkatkan motivasi diri anda

KESEBELAS

Persiapan minda sebelum atau semasa mengulangkaji.Kuatkan minda dengan menentukan motif dan wawasan anda untuk berjaya

KEDUABELAS

Elakkan gangguan emosi atau perkara-perkara remeh temeh yang boleh mengganggu pembelajaran.

KETIGABELAS

Kurangkan aktiviti luar yang tidak berfaedah. Bri ingatan bahawa anda akan mengambil peperiksaan tahun ini

KEEMPATBELAS

Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan .Cari rakan yang bermotivasi kea rah mencapai kejayaan

KELIMABELAS

Sentiasa berdoa dan bertawakal

TIPS PEPERIKSAAN



LANGKAH AWAL SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN

1. Tulis gred yang kita mahu capai

2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan

3. Uruskan masa berpandukan matlamat

4. Latih tubi

5. Tingkatkan kepantasan dan ketepatan

6. Jaga kesihatan fizikal dan mental

7. Dapatkan sokongan ibu bapa ,guru dan rakan-rakan

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN

PERTAMA

Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini, anda mesti datang ke sekolah dan hadir dalam bilik darjah untuk mengikuti apa jua ajaran dan nasihat guru di samping berbincang dengan rakan

KEDUA

Pastikan anda mendapat petunjuk sebanyaknya daripada guru mata pelajaran anda.Jangan tuang kelas atau mengikuti rakan yang tiada matlamat dan motivasi.Perlu sentiasa berjumpa guru berbincang masalah anda. Anda juga perlu ada 4 orang kawan untuk berbincang berkaitan mata pelajaran

KETIGA

Jangan membuang masa dengan berborak atau berbincang perkara yang tidak penting semasa di sekolah. Gunakan masa dengan mentelaah di perpustakaan atau berbincang dengan rakan berkaitan mata pelajaran atau bertanya dengan guru berkaitan permasalahan mata pelajaran yang masih anda hadapi

KEEMPAT

Sanggup bekerja keras.Seandainya gred anda masih tahap 60% setakat bulan Ogos , anda perlu menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, mamaham dan menguasai topik mata pelajaran yang masih lemah untuk meningkat sehingga 80 %

KELIMA

Mematuhi jadual pembelajaran dan ulangkaji yang telah diatur.Kuasai kemahiran berkaitan sesuatu mata pelajaran tersebut dengan bebrincang atau bertanya dengan guru atau rakan yang pandai. Latihan membaca, menulis,mengingat, melakar,menguasai simbol dan formula perlu diteruskan dan difahami.

KEENAM

Sentiasa sihat badan dan cergas minda.Ambil makanan yang berkhasiat dan tinggalkan makanan segera atau minuman bergas.Otak yang cerdas ,pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria datang daripada badan yang sihat

KETUJUH

Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa .Bukan sahaja anda, ibu bapa dan keluarga anda turut sama digalakkan bersolat dan berdoa memohon kejayaan anda

KELAPAN

Semak jadual peperiksaan .Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dahulu.Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan ,calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan

KESEMBILAN

Belajar disaat akhir perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai.Jangan belajar subjek yang anda suka sahaja

KESEPULUH

Merancang persiapan peperiksaan terutama sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.Ini memerlukan pendekatan dan kemahiran yang berbeza

Monday, September 19, 2011

KLIEN ISTIMEWA

Di suatu pagi...................

Tunggu En. Manan ye...

Oooo, cik Owl ni la rupanya koyakkan kertas. Ketakutan bila nampak Pn. Hamidah buka bilik UBK.





Thursday, September 8, 2011

PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI 2012/2013

Permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2012/2013 telahpun dibuka pada 1 Julai yang lalu dan telah pun diurus oleh Encik Manan selaku GBKSM di SMK Jengka 2. Bagi yang belum on9 ataupun telah menghilangkan slip id tersebut, boleh membuat pembelian no id Matrikulasi di BSN cawangan Jengka sebelum 10 Oktober 2011.

Pelajar juga dikehendaki mengisi sendiri PMI secara on9 dan bertanggungjawab terhadap permohonan tersebut.

Jurusan/Aliran
KPM menawarkan 2 jurusan dan 1 aliran seperti yang berikut :

a) Jurusan Sains ( M001 )
b) Jurusan Perakaunan ( M003 )
c) Aliran Teknikal ( M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,

  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasiuntuk lebih memahaminya.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahunialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI).

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • ^_^ Harap maklum


PROGRAM RUNDINGCARA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 6


PROGRAM RUNDING CARA IBUBAPA DENGAN GURU KELAS TINGKATAN 6
TARIKH : 23 JAN 2011 ( SABTU )
MASA : 8.00AM- 1.00PM
TEMPAT: DEWAN KULIAH & KELAS
SASARAN : IBUBAPA PELAJAR TINGKATAN 6ATAS

Pn.Ramlah dan pelajar menguruskan pendaftaran kehadiran ibubapa

kehadiran dari kaum ibu

kehadiran kaum bapa

Pengacara Majlis - Pn.Siti Rohani Ali

Bacaan Doa dari wakil pelajar.
Ucap ringkas dari GPK Ting.6: Pn.Hasmiza


Taklimat dari GPK 1 : Tn.Hj Rusly Musa

Amanat Abah : En.Ahmad bin Yusof


ibu bapa bersama guru kelas untuk melihat pencapaian akademik anak mereka
Pn.Rohayu Razak bersama ibu dan pelajarnya.

Pn.Zaitun bersama bapa pelajarnya.




Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

TARIKH : 10- 14 JAN 2011
TEMPAT : SURAU SMK JENGKA 2
SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4

Taklimat kb kemanusiaan - En.Wan zakaria Wan Ngah

Taklimat MP Matematik- Cik Zaharah
Taklimat Pakej Mp - Cr.Manan Tapsir

Bersama Abah- En. Ahmad bin Yusof

Bersama En. Zulkifli bin Soh

Pengenalan Bhs Inggeris- Cik Intan Shuhada

Pengenalan BM- Pn.Zuraida


Tazkirah bersama Ustaz Aiduddin