
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN......................
| 1 | Anda seharusnya Cuma mengulangkaji nota yang telah anda sediakan dan bukan lagi membaca buku teks |
| 2 | Anda seharusnya sudah membuat kumpulan perbincangan sesama rakan untuk mengulangkaji |
| 3 | Bertukar pendapat dan berbincang berkaitan pelajaran.Sering ingat mengingat antara sesama rakan |
| 4 | Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda dengan teliti |
| 5 | Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan dengan warna lain supaya tidak terlepas |
| 6 | Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang-kurangnya setengah jam terlebih dahulu |
| 7 | Sementara menanti bermulanya peperiksaan, rujuk nota sepintas lalu.Ini untuk mmenyegarkan ingatan anda tentang topik mata pelajaran yang bakal disoal nanti |
| 8 | Elkkan daripada berbual-bual kosong yang tidak berfaedah |
| 9 | Lengkapkan diri anda semasa hendak menghadiri tempat peperiksaan.Pastikan kad pengenalan dibawa |
| 10 | Sebaik sahaja mendapat kertas soalan ,bertenanglah.Berdoa dan baca arahan dengan teliti |
| 11 | Pastikan anda benar-benar faham dengan kehendak soalan sebelum memulakan jawapan |
| 12 | Bahagikan masa mengikut kepentingan sesuatu soalan.Lihat markah yang disediakan pada soalan |
| 13 | Peruntukan masa untuk menyemak jawapan anda |
| 14 | Tulisan juga perlu diberi perhatian supaya pemeriksa senang membacanya |
| 15 | Patuhi arahan pegawai yang bertugas.Sebarang masalah boleh diadukan kepada pegawai tersebut. |
No comments:
Post a Comment