| PERTAMA | Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit iaitu menggunakan masa yang teruang seperti masa menunggu kenderaan, semasa menunggu kawan .Kita boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau mengulangkaji mata pelajaran |
| KEDUA | Membawa buku atau nota ringkas ke mana-mana sahaja. Ini untuk menyemai budaya belajar yang positif |
| KETIGA | Gunakan masa di awal pagi untuk mengulangkaji mata pelajaran yang lemah.Suasana yang sepi memudahkan tumpuan untuk menghafal dan membaca |
| KEEMPAT | Buat dan baca nota ringkas.Ia boleh digunakan untuk merujuk dengan pantas dan boleh dibawa ke mana-mana |
| KELIMA | Ikut jadual sepenuhnya bukan mengikut minat dan kecenderungan anda |
| KEENAM | Mencuba soalan tahun-tahun lalu.Ini akan membiasakan pelajar dengan corak soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan |
| KETUJUH | Ulang sebanyak yang boleh terutama tajuk yang sukar dan menjadi kelemahan anda |
| KELAPAN | Sentiasa bertanya guru atau rakan kepada masalah atau tajuk yang tidak difahami |
| KESEMBILAN | Berikan tumpuan kepada mata pelajaran yang lemah. |
| KESEPULUH | Sentiasa mengunjungi perpustakaan untuk menelaah atau menghadiri seminar atau kursus yang berkaitan dengan meningkatkan motivasi diri anda |
| KESEBELAS | Persiapan minda sebelum atau semasa mengulangkaji.Kuatkan minda dengan menentukan motif dan wawasan anda untuk berjaya |
| KEDUABELAS | Elakkan gangguan emosi atau perkara-perkara remeh temeh yang boleh mengganggu pembelajaran. |
| KETIGABELAS | Kurangkan aktiviti luar yang tidak berfaedah. Bri ingatan bahawa anda akan mengambil peperiksaan tahun ini |
| KEEMPATBELAS | Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan .Cari rakan yang bermotivasi kea rah mencapai kejayaan |
| KELIMABELAS | Sentiasa berdoa dan bertawakal |
Tuesday, September 20, 2011
CARA BELAJAR YANG BETUL
Labels:
Akademik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment